Tuesday, 15 March 2016

Saturday, 5 March 2016

INDUSTRI PELANCONGAN MAKANAN DI PASIR GUDANG

Imej pelancongan yang dapat dicadangkan di kawasan Pasir Gudang adalah Industri Pelancongan Makanan. Ini kerana, di kawasan ini terdapat pelbagai sumberjaya yang baik untuk dikenalkan sebagai salah sebuah bandar di Johor yang banyak menghasilkan produk berasaskan pemakanan. 

Pasir Gudang dikenali sebagai kawasan industri perkilangan terbesar di Johor. Pelbagai jenis kilang perindustrian boleh didapati di kawasan ini seperti kilang pembuatan makanan dan peralatan kenderaan. Kilang makanan merupakan salah satu kilang pembuatan yang terbesar di Pasir Gudang. Pelbagai syarikat makanan dari dalam mahupun luar negara membuka kilang pemprosesan mereka di Pasir Gudang. Industri makanan merupakan salah satu sektor yang bertapak di kawasan Pasir Gudang. Industri makanan telah berkembang dengan meluas di Pasir Gudang yang seterusnya menjadi salah satu sektor yang memberi pendapatan yang lumayan kepada komuniti. Industri makanan adalah sebuah sektor yang amat luas konsepnya yan menjadikan sektor ini sesuai diceburi oleh komuniti. Industri makanan di Pasir Gudang terdiri daripada kilang-kilang pembuatan, IKS, kedai makan dan sebagainya. 

Wednesday, 24 February 2016

CONTOH BROCHER YANG DISEDIAKAN

muka belakang
muka depan

CONTOH TENTATIF PROGRAM YANG DISEDIAKAN

HARI PERTAMA
WAKTU
PERKARA
9.00 – 9.30 pagi
·         Mendaftar masuk ke tempat penginapan
9.30 – 10.00 pagi
·         Sarapan / minum pagi
·         Bertolak ke destinasi pertama iaitu Koko Budi Sdn Bhd

10.00 – 12.00 t/hari
·         Melakukan aktiviti di Koko Budi Sdn. Bhd
v  Demonstrasi pemprosesan koko dan produk berasaskan koko
v  Pengunjung berpeluang menghasilkan produk koko dibawah seliaan kakitangan kilang
v  Pengunjung berpeluang menikmati dan merasai pelbagai jenis koko seperti dark chocoloalate dan white chocolate
·         Bertolak ke destinasi kedua iaitu Kinos Sdn. Bhd

12.00 – 1.00 t/hari
·         Melakukan beberapa aktiviti di kilang Kinos Sdn. Bhd
v  Melihat perlatan yang digunakan untuk membuat makanan ringan.
v  Melihat demonstrasi pembuatan makanan ringan dan permainan kanak- kanak.
v  Pengunjung berpeluang menghasilkan makanan ringan berdasarkan produk yang dipasarkan.
·         Bertolak ke Kedai Makan Rahmat untuk makan  tengah hari
1.00 – 2.00 ptg
·         Solat Zuhur di Masjid Felda Cahaya Baru
·         Bertolak ke Bestsun Food Industry
2.00 – 4.00 ptg
·         Melakukan aktiviti dan lawatan di Bestsun Food Industry
v  Melihat demonstrasi pemprosesan puding berperisa buah-buahan
v  Pengunjung diberi peluang untuk melakukan proses pembuatan puding berperisa buah-buahan
v  Pengunjung juga dapat melihat pelbagai mesin pembuatan berteknologi tinggi yang terdapat di kilang tersebut.
·         Bertolak ke kilang Yeo’s Sdn Bhd
4.00 – 6.00 ptg
·         Melakukan aktiviti di kilang Yeo’s Sdn Bhd
v  Mempelajari cara megendali mesin pemprosesan air dan pengetinan makanan.
v  Mempelajari penghasilan pelbagai jenis perisa air
6.00 ptg
·         Berangkat pulang ke tempat penginapan
HARI KEDUA
WAKTU
PERKARA
9.00-10.00  pagi
·         Daftar keluar dan sarapan pagi
·         Bertolak ke destinasi pertama iaitu Kilang Kerepek Ramli (IKS)

10.00 pagi-12.00 t/hari
·         Melakukan aktiviti di Kilang Kerepek Ramli
v  Lawatan melihat di sekitar kilang
v  Melihat demonstrasi bagaimana penghasilan pelbagai jenis kerepek dibuat.
v  Pengunjung diberi peluang untuk melakukan proses pembuatan kerepek-kerepek
·         Bertolak ke destinasi keenam iaitu Kilang Keropok Lekor Syazwan

12.00-1.00 t/hari
·         Melakukan aktiviti di Kilang Keropok Lekor Syazwan
v  Lawatan melihat di sekitar kilang
v  Melihat demonstrasi penghasilan keropok lekor.
v  Pengunjung diberi peluang untuk menghasilkan keropok lekor
1.00-2.00 ptg
·         Makan tengah hari di Warung Makan Kak Siah
·         Solat Zuhur di Masjid Cahaya Baru
·         Bertolak ke Gerai Mak Cah Kong Kong
2.00-4.00 ptg
·         Melakukan aktiviti di Gerai Mak Cah Kong Kong iaitu kilang ikan masin
v  Lawatan melihat di sekitar kilang
v  Melihat demonstrasi bagaimana penghasilan ikan masin dilakukan
v  Membantu proses memasinkan ikan untuk jualan
v  Pengunjung diberi peluang untuk menghasilkan sendiri ikan masin
4.00 ptg
·         Bersurai dan pulang ke destinasi masing-masing

Tuesday, 16 February 2016

ANTARA SUMBERJAYA YANG TERDAPAT DI SEKITAR PASIR GUDANG


1.       Kilang kerepek,  Pasir Gudang

  •           Pengusahaan IKS yang aktif di sekitar Pasir Gudang
  •           Syarikat yang menghasilkan kerepek dan makanan -  makanan ringan
  •           Terletak di Jalan keluli 3, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, iaitu kira-kira 6 km dari pusat Bandar Pasir Gudang.







2.       Kilang Yeo’s, Pasir Gudang


  •          Terletak di Jalan Gangsa, kawasan perindustrian Pasir Gudang.
  •           Merupakan syarikat antarabangsa yang berasal dari China.
  •            Ditubuhkan pada tahun 1900 oleh Yeo Hiap Seng dan merupakan satu syarikat yang memasarkan makanan dan minuman ringan.





3.       Kilang Keropok Lekor Syazwan Enterprise, Kampung Cahaya Baru

  •            Terletak di Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang
  •            Diusahakan oleh komuniti sekitar Kampung Cahaya Baru
  •            Ditubuhkan sekitar tahun 2002 


4.       Kinos Food Industries Sdn. Bhd


·         Terletak di PLO 233 Jalan Tembaga Satu, Pasir Gudang, 81700 Johor
·         Ditubuhkan di sekitar tahun 1981
·         syarikat ini telah menjadi anak syarikat milik penuh syarikat London Biscuits Berhad. 
 5. Bestsun Food Industries Sdn. Bhd

  •  Terletak ni no 290 Jalan Perak 2, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang
  •  Ditubuhkan disekitar tahun 1997 dengan keluasannya seluas 2 ekar tanah
  • Merupakan syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan makanan seperti jelly



6.       Koko Budi Sdn. Bhd. , Pasir Gudang


·         Terletak di Plo 207, Jalan tembaga Satu, 81700, Pasi Gudang
·         Ditubuhkan disekitar tahun 1990 kira-kira 26 tahun yang lalu
·         Sebuah kilang atau syarikat yang menghasilkan produk yang berasaskan koko


COMUNITY BASED TOURISM

ANTARA INDUSTRI MAKANAN YANG TERDAPAT DI SEKITAR PASIR GUDANG