Saturday, 5 March 2016

INDUSTRI PELANCONGAN MAKANAN DI PASIR GUDANG

Imej pelancongan yang dapat dicadangkan di kawasan Pasir Gudang adalah Industri Pelancongan Makanan. Ini kerana, di kawasan ini terdapat pelbagai sumberjaya yang baik untuk dikenalkan sebagai salah sebuah bandar di Johor yang banyak menghasilkan produk berasaskan pemakanan. 

Pasir Gudang dikenali sebagai kawasan industri perkilangan terbesar di Johor. Pelbagai jenis kilang perindustrian boleh didapati di kawasan ini seperti kilang pembuatan makanan dan peralatan kenderaan. Kilang makanan merupakan salah satu kilang pembuatan yang terbesar di Pasir Gudang. Pelbagai syarikat makanan dari dalam mahupun luar negara membuka kilang pemprosesan mereka di Pasir Gudang. Industri makanan merupakan salah satu sektor yang bertapak di kawasan Pasir Gudang. Industri makanan telah berkembang dengan meluas di Pasir Gudang yang seterusnya menjadi salah satu sektor yang memberi pendapatan yang lumayan kepada komuniti. Industri makanan adalah sebuah sektor yang amat luas konsepnya yan menjadikan sektor ini sesuai diceburi oleh komuniti. Industri makanan di Pasir Gudang terdiri daripada kilang-kilang pembuatan, IKS, kedai makan dan sebagainya. 

No comments:

Post a Comment