Tuesday, 15 March 2016
Saturday, 5 March 2016
INDUSTRI PELANCONGAN MAKANAN DI PASIR GUDANG
Imej
pelancongan yang dapat dicadangkan di kawasan Pasir Gudang adalah Industri
Pelancongan Makanan. Ini kerana, di kawasan ini terdapat pelbagai sumberjaya
yang baik untuk dikenalkan sebagai salah sebuah bandar di Johor yang banyak
menghasilkan produk berasaskan pemakanan.
Pasir Gudang dikenali sebagai kawasan industri perkilangan
terbesar di Johor. Pelbagai jenis kilang perindustrian boleh didapati di
kawasan ini seperti kilang pembuatan makanan dan peralatan kenderaan. Kilang
makanan merupakan salah satu kilang pembuatan yang terbesar di Pasir Gudang.
Pelbagai syarikat makanan dari dalam mahupun luar negara membuka kilang
pemprosesan mereka di Pasir Gudang. Industri makanan merupakan salah satu
sektor yang bertapak di kawasan Pasir Gudang. Industri makanan telah berkembang
dengan meluas di Pasir Gudang yang seterusnya menjadi salah satu sektor yang
memberi pendapatan yang lumayan kepada komuniti. Industri makanan adalah sebuah
sektor yang amat luas konsepnya yan menjadikan sektor ini sesuai diceburi oleh
komuniti. Industri makanan di Pasir Gudang terdiri daripada kilang-kilang
pembuatan, IKS, kedai makan dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)